Friday, September 30, 2005
kawan ohh kawan...
sukar nak ditakrifkan sebagai kawan ni...
ada yang lupa kawan bila dah ada pakwe...
pastu datang jumpa bila ada masalah...
emm pelik sungguh kawan ini..
tapi lagi pelik bila ada kawan menyuruh kawan dia
berjumpa ngan kawan dia tu...
fuhh lagi laa aku pun tak phm apa ayat aku ni...
but itulah realiti...
mgkn sbb dah segan ngan aku kot sbb aku ckp
tak kan laa time ada problem baru nak tanyer khabar...
dan baru2 ni kawan tersebut suruh laa kawan dia jumpa aku...
aku pun tak phm knp aku perlu berjumpa ngan kawan dia..
tapi prinsip aku senang je..
layan je...
yang penting aku dah kenal sape dia kawan aku tu yang sbnarnya...
Posted at 10:40 pm by pcsuria
Permalink
Sunday, September 25, 2005
semalam aku gi shopping jap kat taman sentosa jb
shopping barang2 elektronik utk membuat projek mikro C
emm ada laa abis dekat rm 200
tapi tu dah cmpur barang yang kawan aku kirim melalui SMS la
smpai skang tak byar siot betul mamat ni
haa nak dijadikan cerita laa
aku gi ngan member seperjuangn aku laa...
pastu kan aku ajak sorang minah ....
pastu minah tu bawa pulak kawan dia pulak
sembang punya sembang aku rasa aku mcm kenal je si minah punya kawan tu
emm tak pe laa stop kat situ je laa
yang nak di jadikan cerita balik tu aku ckp kat minah tadi
suruh dia sokong selangor lawan piala fa
tapi dia mcm tak nak sokong la pulak
jadi aku ckp dia aku nak suruh kawan dia yang kebetulan duduk berjiran
ngan negeri aku tu
fuh dia lak marah2 aku ckp mcm mane aku le kenal kawan dia
pastu perkelahian ini berlarutan samapi ke pagi...
aku malas nak pk aku ckp aku akan anggap dia mcm org yang aku tak pernah kenal
seperti kehendak kawan minah tu tadi laa
pastu ntah aku pun pelik jap ckp kawan
jap ckp bukan kawan
anggap mcm tak kenal
so aku beranggapan biar laa aku buat2 tak pernah kenal
aku dah ckp jgn marah laa klu selisih pun aku tak tegur
biasa laa aku kan sombong....
mane ada jumpa org sesombong aku ni...
moral: tak da moral dalam cerita ni
Posted at 01:22 pm by pcsuria
Permalink
Friday, September 23, 2005
pembentangan yang cukup memuaskan hati aku
alhamdulillah
setelah apa yang selama ini aku risaukan
dan hari ini telah pun aku lepaskan.....
apa bila Q&A diajukan
panel2 masing2 memandang antara satu sama lain
sama ada hendak bertanya atau pun tidak
dan akhirnya prof dr Mohammer Amin bersuara
memberi sedikit pandangan tentang projek yang hendak dibuat...
yang agak menghairankan sepanjang aku lihat perbentangan seminar awal psm
ini.....
ini laa First time no question daripada panel...
ntah laa mgkn faktor dah pukul 4.40 petang kot
atau pun org yang selalu hentam org tu aku dah jumpa dia tiap2 minggu kot
dia pun dah bosan tgok muka aku kot
hehehehe
dan satu lagi perkara yang first time berlaku ialah
panel pula memberi peluang kepada pembentang (aku dan member aku) untuk
bertanya pada panel...
ala panel pun bukan tau sgt pun kan
sorang je terrer pasal RFID ni
prof Amin la tu...
hehehe malam ni aku tido awal... jam 10.45 malam aku rasa aku dah lelapkan mata....
tapi aku terjaga jap utuk solat isyak dan update blog ni heheheh
Posted at 02:16 am by pcsuria
Permalink
Thursday, September 22, 2005
hari ini merupakan hari aku present utk psm aku...
tak tahu laa aku rasa aku dah buat semua persiapan
tapi makin lama kepala aku makin kusut
makin aku pikir makin memeningkan kpala aku je
jam aku skang menunjukkan jam 2.20 pagi...
sebentar tadi aku baru bergaduh dengan seorang kawan
kawan perempuan yang selama ini kami selalu berhubung...
tetapi sejak dia sudah mempunyai pakwe dia mcm dah lupakan
aku pula...
sape la aku kan untuk diingati...
aku dah rasa lain dah apa bila dia mula miskal aku tadi..
dah agak dah mesti nak mengadu masalah kat aku nyer...
lepas tu aku pun marah la dia..
time susah n gaduh baru la nak ingat kat kawan...
time senang tak mo pun ingat...
kata2 aku tu membuat dia sedih
tapi aku rasa aku pun patut luahkan apa yang aku rasa...
patutkah aku ni dijadikan boneka untuk melepaskan masalah dia..
alaa bukan sbb tu je...
waktu lain time ada masalah pun baru nak call aku...
aku cuba membuat kajian sedikit laa 3 hari lepas dengan bertanya kepada
seorang kawan aku lagi.... dia ckp pompuan mmg cmtu
time ada pakwe kena bg komitmen 100 peratus..klu boleh
semua no fon laki dalam phone book dia nak erase..
ooo baru la aku phm....
tapi tak tau laa betul ke tak apa yang di ucapkan tu
tu laa sebab nya aku tanyer perempuan sendiri yang lebih memahami perempuan...
berbalik kepada present laa sbb kejadian tu telah buat aku hilang tumpuan pada presentation aku
esok..... aku akan mengahadap muka prof dr mohamed amin... puspa inayat... ismawati..
semua pensyarah ni aku kenal dengan ketegasan dia....nasib laa pengerusi dia baik hehehe penyelia aku laa...
tapi tu dalam paper ... yang realiti tu belum tentu lagi.....
yang pasti jam lagi jam 4 petang akan menentu kan segala2 nya...
doakan kejayaan aku yerk....
Posted at 02:51 am by pcsuria
Permalink
Friday, September 16, 2005
RFID(radio frequency identification)merupakan tajuk psm aku..
bermula dari sebuah perbincangan kecil dengan pensyarah ttg tajuk
yang ingin aku buat dan akhirnya penyelia aku berminat pulak ngan
tajuk ini....
tak pernah pun aku dengar perkataan RFID sblm ni....
tapi aku telah pun dengan merelakan hati aku untuk cuba membuat
projek berkaitan dengan radio frequecy ini...
sistem security menggunakan RFID....
fuh penat kepala eden memikirkan
semua buku rujukan yang ada kat library tak le pakai...
sbb mmg tak da pun buku ttg RFID...
sebuah teknologi yang telah lama tetapi baru di malaysia.....
mcm mane pun aku happy dengan tajuk ini
sbb boleh buat aku jadi giler jap
kena belajar database
visual basic laa...
pastu nak buat interface...
pastu nak buat pic pulak
keypad utk security.....
kawan2 doakan aku bahagia dengan projek aku ni yerk...
Posted at 10:50 pm by pcsuria
Permalink
Wednesday, August 03, 2005
fuh dah hampir ke penghujung aku nak abis kan belajar aku ni
makin terasa pulak tekanan yang dihadapi
agak2 setahun lagi kot klu aku malas aku tambah laa 1 sem lagi
emm sem ni aku buat psm cadangan
abis semua idea aku bagi kat penyelia aku...
dari walkie talkie...
kerusi roda...
dan kini yang terbaru RF id
pening kpla aku skang ni....
tambah pulak ngan masalah yang aku tak mintak..
tetiba je masalah tu datang kat aku
tapi masalah tu aku tak le bg tau org lain sbb boleh mengaibkan sesebuah pihak..
tapi aku rasa aku gagal menyelesaikan masalah tu
whatever kita tunggu dah lihat la
berbalik kepada psm tadi
aku rasa aku akan perfom yang terbaik
sbb aku tak mo jadi malas macam dulu lagi
nak jadi budak rajin mcm aku sekolah dulu....
hehehe tu semua kenangan je ....
doakan aku berjaya siapkan psm aku ni k
doamu doaku jua.....
Posted at 12:48 am by pcsuria
Permalink
Thursday, July 07, 2005
larian amal untuk anak mangsa aids.
alhamdulillah setelah beberapa lama membuat latihan akhirnya tibala masa yang mmg di nantikan oleh peserta-peserta untuk menyahut cabaran...
larian amal non stop satu semenanjung secara berganti-ganti telah disertai oleh aku yang menjadi salah seorang dari 120 org yang bertuah.. hehehe tak tau laa ikhlas ke tak tapi aku lari mmg ikhlas.. untuk agama bangsa dan negara..
hendak dipendekkan cerita larian kami bermula dari tanjung piai(tempat paling selatan sekali di dataran asia) hingga ke klcc dan satu lagi team bermula dari perlis menuju ke klcc...
perasamian telah dimulakan dah aku dengan bangganya telah ditempatkan di simpang renggam sorang2 je duduk sana menunggu kawan menyerahkan bendara...hehehe aku kira terselamat laa kerana diletakkan dikawasan bandar..
terdapat hampir separuh skuad aku ditempatkan di kawasan hutan dah juga ladang kelapa sawit tak ketinggalan pula ada di tampat perkuburan cina....
aku si simpang renggam mendapat bendara dari kawan aku yang dah separuh mampus berlari..hehehe biasala lepas lari mmg penat masa aku tgk dia serah bendara aku kata apa laa lari sikit je pun dah tak larat..
aku berlari dgn bersungguh2 bermula dari pukul 7 lebih sampai jam 8 lebih sikit ... aku pun tak pasti berapa lama... sbb aku dah tak da jam dah bateri hs aku pun dah kong .... emm sedih betul laa nasib aku ni setelah aku menyerahkan bendera kat kawan aku tetiba aku pulak menghadapi nasib malang yang teramat sgt
mmg dah nak dijadikan cerita laa.. aku tertinggal landrover yang sepatutnya mengambil aku kat simpang rnggam tu ... ntah cmner ntah aku le tertinggal...l
jenuh aku menunggu sampai jam 12 malam akhirnya aku telah diselamat kan oleh sebuah bas yang mmg telah ditugaskan untuk mengankat kami...
tetapi nasib kawan aku lagi malang dah laa di tempat ladang sawit malam pulak tu tertinggal pulak tu hheheheheh.. aku ingat aku yang paling siksa rupanya ada org lain lagi teruk dari aku .
]
ps berkorban untuk negara....
jgn sombong ditempat org...
ikhlas kerana agama bangsa dan ngara..
Posted at 12:04 am by pcsuria
Permalink
Wednesday, June 29, 2005
tak da keje lain laa bebudak ni asyik2 bola je yang depa ingat
perlawanan antara argentina vs mexico telah memusnah kan mood aku nak tgok bola lagi
tapi malam ni aku kena gak pegi tgk bola menyokong pasukan bola argentina yang telah kalah kalahkan pasukan favorite aku huhuhu
what ever sape yang sokong argentina please bagi sokongan
kepada sape yang gi danga bay jom join
heheje
Posted at 03:29 pm by pcsuria
Permalink
Monday, June 27, 2005
melaka bandaraya bersejarah
baru-baru ni aku dalam perjalanan balik ke johor untuk menyambung semula pengajianku yang tertangguh selama 2 bulan akibat praktikal. pengajian di salah sebuah universiti disitu sebenarnya benar-benar mengajar aku erti hidup dalam dunia sebenar...
emm dalam perjalan hendak pulang melalui higway tu aku ternampak laa pulak signboard restoran jejantas air keroh... aku pun singgah jap lalu mengisi minyak...emm baru aku terasa harga minyak ni betul2 dah naik bila aku isi kt stesen ni
lepas tu masa aku nak bayar duit tu aku ternmpak laa pulak sandwitch... baru aku ingat aku tak sarapan lagi... aku pun apa lagi lantak laa kat kedai tu gak...
lapar gila pulak rasa bila ternampak makanan kegemran...
selepas makan aku pun meneruskan perjalanan aku ke johor... tetiba aku teringin pulak melawat bandaraya melaka yang org kata bersejarah tu..
aku pun terus fon member aku yang tinggal kat melaka tu tapi aku tak tau la pulak umah dia tu jauh dari tempat aku tunggu tu... klebang ngan zoo melaka jauh siot..
aku dibawa oleh sidia untuk jalan2 mengelilingi melaka... habis dari zoo tu dia bawa jalan gi kota Afamosa...gi muzium... tgok melaka sentral... gi masjid tanah laa... banyak laa tapi yang paling best sekali sbb naik kete dia laa(save sikit duit aku..) dan sebagai balasan aku pun belanja laa dia air... nak belanja gak makan tapi dia malu2 laa biasa laa pompuan diet laa tu...
baru aku tau klu kita melawat melaka ni mcm kita mengimbau kembali salah silat negara kita...
tapi aku tak puas hati satu je... aku tak bawa kamera laa klu tak dah tentu aku tangkap gambar ngan tuah...
moral... nak jalan2 bawa awek best oo..
tapi aku jalan ngan kwn jgn salah phm lak...
Posted at 01:06 pm by pcsuria
Permalink
Thursday, May 12, 2005
fuh dah lama bebenar tak update blog ni
terasa ari ni nak update laa pulak
hehehehe yer laa sibuk sikit skang ni
sbb tengah praktikal dan tenet kat umah dah kena potong huhuhu
emm skang ni kira tgh free laa guna tenet masa org tgh makan laa ni
ehh aku tak tau nak tulis apa lagi dah
nanti laa klu ada cerita aku masukkan laa kat sini
Posted at 01:38 pm by pcsuria
Permalink